Perpecahan umat Islam kerana gagal urus perbezaan pendapat

Perpecahan umat Islam kerana gagal urus perbezaan pendapat

Perpecahan umat Islam bukan fenomena yang baru tetapi jika ia tidak ditangani secara serius boleh membawa kepada kemusnahan bangsa dan negara demikian kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Yusri Mohamad.

Perpecahan umat Islam bukan fenomena yang baru tetapi jika ia tidak ditangani secara serius boleh membawa kepada kemusnahan bangsa dan negara, demikian kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Yusri Mohamad.

Beliau berkata, salah satu sebab perpecahan melanda masyarakat kerana tidak matang dalam menguruskan perbezaan pendapat sesama sendiri.

“Selalunya perbalahan itu berpunca daripada isu remeh temeh dan mengugat keimanan kita.

“Apabila berlaku sesuatu perselisihan, orang Islam wajib untuk melupakan perbezaan dan kembali kepada asas keimanan dengan jelas.

“Sebarang perbezaan pendapat perlu diselesaikan secara berhemah dan beretika,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Aluan pada Multaqa Perpaduan Ummah di Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) Bangi di sini hari ini.

Yusri berkata, pengukuhan masyarakat Islam hendaklah berasaskan kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Selain pengukuhan akidah bagi menjernihkan semula akidah umat Islam daripada terjahan sekularisme Barat dan ajaran yang menyeleweng seperti syiah dan liberalisme melalui pendekatan holistik di semua peringkat.

Justeru kata, Majlis Dakwah Negara (MDN) cuba memberikan sumbangan ke arah perpaduan ummah dengan memainkan peranan sebagai pemersatu ummat Islam di negara ini.

“Saya percaya dengan keupayaan yang ada dan disokong oleh pelbagai pihak akan merentasi sempadan politik, kita akan mampu menjadi sebuah pasukan yang berperanan sebagai jurucakap umat Islam di Malaysia,” ujarnya.

Bagi  memastikan perjalanan misi perpaduan ini berkesinambungan beliau berkata, usaha ini tidak boleh dilakukan ‘bermusim’ maka mencadangkan jika perlu dibentuk satu sekretariat khas untuk memastikan kelangsungan usaha tersebut.

“Sekretariat itu nanti perlu dianggotai ilmuan atau tokoh yang berwibawa merangkumi ahli-ahli yang merentasi sempadan  ideologi politik dan kefahaman keagamaan yang sempit.

“Sekreteriat ini hendaklah dilandasi oleh niat yang murni dan ikhlas semata-mata tertegaknya kesatuan dan keserasian ummah.

“Kita mengharapkan dengan tertubuhnya sekretariat ini akan lebih jelas dan konkrit misi perpaduan dan persatuan ummah agar masyarakat dapat sedar dan memahami kepentingan agenda ini,” ujarnya.

Mutlaqa Perpaduan  diadakan dihadiri lebih kurang 200 golongan cendiakawan dan NGO Islam.

Multaqa diadakan hari ini adalah rentetan daripada siri persidangan meja bulat di seluruh negara yang dianjurkan Majlis Dakwah Negara (MDN) bagi mendapatkan pandangan umum mengenai isu perpecahan umat Islam.

Pengerusi MDN, Prof. Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majib pula berkata, di dalam multaqa ini akan dicadangkan lima usul utama untuk dibincangkan bersama di kalangan 200 perserta yang hadir hari ini yang akan diperhalusi dan dimuktamadkan  petang ini.

Multaqa Perpaduan ini berkonsepkan forum berdebatan telah dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dan beberapa penasihat dan pakar rujuk dalam multaqa ini antaranya Tun Dr Abdul Rahman Arshad, Tun Abdul Hamid Mohamad, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Manakala Jawatankuasa Pemandu Multaqa Perpaduan Ummah ini terdiri daripada Timbalan Pengerusi Datuk Zakaria Stapa, Naib Pengerusi Datuk Abdul Halim Abdul Kadir. Prof Madya Dr Ruzman Mod Noor dan Zaid Kamaruddin; Setiausaha Dr Muhammamd Razak Idris dan lima Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Datuk Kamilia Ibrahim, Datuk Wan Mohamad Sheik Abd Aziz, Datuk Abdul Halim Hamad dan Sheikh Anwar Zainal Abidin.

 

TAGS