Malaysia Dateline

Persatuan Hokkien Kuching anjur sumbangan amal

Persatuan Hokkien Kuching akan mengadakan sumbangan amal pada 13 Oktober ini di Boulevard Shopping Mall, Kuching dari jam 9 pagi sehingga 2 petang.

Sebanyak 180 bungkusan barang keperluaan asas akan disumbangkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan hadir pada hari tersebut.

Menurut Pengerusi Pemuda Persatuan Hokkien Kuching, Tan Teck Ming, pihaknya menjemput orang ramai untuk datang mengambil barang barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan bermacam macam lagi pada hari itu.

“Program ini merupakan dan telah mendapat tajaan daripada ahli -ahli persatuan untuk menjayakan programe tersebut “, tambah beliau.

Pada hari tersebut juga satu kempen derma darah juga akan diadakan untuk membantu Tabung Darah Hospital Umum Sarawak. Orang ramai yang ingin menderma dijemput hadir pada kempen tersebut.