Persatuan Pakar Perubatan mahu ruang merokok alternatif di Parlimen bersifat sementara bukan tetap

Persatuan Pakar Perubatan mahu ruang merokok alternatif di Parlimen bersifat sementara bukan tetap

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) berharap ruang merokok alternatif di luar bangunan Parlimen hanya bersifat sementara.

“Pelaksanaan ini bukan sahaja melindungi golongan bukan perokok daripada
bahaya asap rokok melalui penguatkuasaan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Penguatkuasaan peraturan itu menepati harapan rakyat kepada Parlimen sebagai institusi mulia dan tertinggi yang mewakili dan menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya serta menunjukkan bahawa melindungi kesihatan mesti bermula
termasuk oleh institusi Parlimen

“PPPKAM dan masyarakat umumnya pasti berharap ruang merokok alternatif sementara di luar bangunan Parlimen adalah bersifat sementara dan tidak menjadi sesuatu yang kekal supaya ia tidak menjadi ikutan di masa hadapan.

“Syabas dan tahniah kepada Rakyat Malaysia kerana mempunyai institusi yang
prihatin kepada kesihatan rakyat,” ujar Presidennya Datuk Dr Zainal Ariffin Omar dalam kenyataannya.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad kerana menyokong sepenuhnya pelaksanaan Peraturan Kawasan
Larangan Merokok dan menutup bilik merokok di bangunan Parlimen yang
berkuatkuasa baru-baru ini.

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang bertindak tepat tentang penguatkuasaan larangan merokok di dalam bangunan Parlimen.

Baru-baru Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan menarik balik keputusan pembatalan bilik merokok dalam Parlimen yang dikuatkuasakan pada 15 Oktober lalu.

Dalam kunjungan hormat Dr Dzulkefly ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mesyuarat turut bersetuju menyediakan ruang merokok alternatif sementara di luar bangunan Parlimen sehingga satu ruang merokok alternatif tetap disediakan di luar bangunan Parlimen.

Dr Dzulkely turut berkata kementerian dengan kerjasama rakan kongsi perkhidmatan berhenti merokok, mQuit akan menyediakan perkhidmatan rawatan berhenti merokok menerusi penawaran rawatan ubatan permulaan di ruang legar bangunan parlimen.