Persatuan pelajar ucap tahniah kepada pimpinan baharu MBM

Persatuan pelajar ucap tahniah kepada pimpinan baharu MBM

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Jufitri Joha atas pemilihan sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) sesi 2018/2020.

Presidennya, Muhammad Khair Sujud berkata, PKPIM turut mengucapkan tahniah kepada Hasnul Hanif Harun atas pemilihan sebagai Setiausaha Agung MBM sesi 2018/2020.

“Semoga dengan taklif tersebut agenda belia nasional dapat digiatkan sesuai dengan semangat Malaysia Baharu yang berdepan Cabaran Dunia Baru atau Brave New World.

“PKPIM yakin dengan pengalaman dan kepakaran saudara Jufitri Joha, Malaysia akan diangkat sebagai negara ikon belia dunia melalui kegiatan berimpak dalam segenap bidang; politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujarnya, PKPIM juga yakin dengan kepemimpinan Hasnul Hanif dalam menjayakan pergerakan MBM yang mendatang dan semoga dengan pengalaman yang diraih dapat memberi manfaat buat belia seluruhnya.

PKPIM katanya, sedia mendokong aspirasi yang akan digerakkan oleh MBM sesuai dengan matlamat PKPIM dalam membangun generasi bitara yang memiliki keampuhan idealisme, intelektualisme, aktivisme dan yang paling penting, spiritualisme.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0