Malaysia Dateline

Persediaan hadapi banjir Pulau Pinang lulus peruntukan sebanyak RM400,000

Mengutamakan rakyat menjadi prioriti. Kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Kewangan Negeri telah meluluskan RM400,000 peruntukan bagi persediaan menghadapi banjir bagi tujuan pembelian aset mahu pun bekalan bagi melancarkan persediaan tersebut.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow juga berkata, bagi menghadapi musim banjir yang dijangka November ini beberapa langkah sedang ditingkatkan bagi memastikan semua agensi negeri dan jabatan berada dalam kesiapsiagaan.

“Turut dilantik tiga ‘focal persons’ bagi mengeratkan lagi kerjasama antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah di kesemua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta juga agensi dan jabatan negeri seandainya berlaku bencana.

” Peruntukan yang diluluskan ini akan dsalurkan kepada semua PDT sepertimana permohonan aset dan perolehan yang perlu dibuat dalam tahun ini. Sebanyak 4744 unit khemah juga telah pun diagihkan kepada semua PDT,” ujar beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi.

Ia juga menyarankan Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya memastikan sistem saliran tidak tersumbat dengan sampah-sarap serta senantiasa berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan berlakunya gangguan terhadap sistem saliran yang boleh menyebabkan berlakunya banjir.

Baca juga: Kekayaan merosot RM319.7 bilion kedudukan Mark Zuckerberg jatuh tempat ke-20 individu terkaya di dunia

Baca juga: Ugut kanak-kanak guna bahan pornografi, lelaki warga asing ditahan