Persekutuan Pekilang Malaysia derma RM1juta ke THM

Persekutuan Pekilang Malaysia derma RM1juta ke THM

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menyumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai tanda semangat perpaduan yang tinggi terhadap negara.

Dalam kenyataan hari ini, ia mengalu-alukan inisiatif Kementerian Kewangan melancarkan tabung itu pada 30 Mei, 2018 sebagai respons kepada hasrat rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama mengurangkan jumlah hutang negara.

“FMM percaya kerajaan berupaya untuk menempuhi cabaran yang mendatang, khususnya dalam mengurangkan beban hutang negara selain meningkatkan kecekapan dan berhemah dalam menggunakan dana awam,” katanya.

Sumbangan cek itu diserahkan kepada Lim oleh Presiden FMM Datuk Soh Thian Lai di pejabat menteri itu di Putrajaya, semalam.

Menurut Lim, derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

CATEGORIES