Persempadanan 2017 Sabah: Bersih 2.0 serah kenyataan media kepada pejabat Speaker

Persempadanan 2017 Sabah: Bersih 2.0 serah kenyataan media kepada pejabat Speaker

Persempadanan 2017 Sabah: Bersih 2.0 serah kenyataan media kepada pejabat Speaker

Pengarah Eksekutif Bersih 2.0, Yap Swee Seng, hari ini telah menyerahkan kenyataan media kepada pihak pejabat Speaker Dewan Rakyat berhubung persempadanan 2017 Sabah.

Swee Seng berkata, laporan persempadan 2017 Sabah itu perlu diberitahu kepada umum supaya masyarakat tahu mengenai isi kandungannya.

“Kami kecewa kerana laporan persempadanan Sabah itu tidak diberitahu secara terbuka kepada masyarakat.

“Kami membuat keputusan untuk mendedahkan laporan berkenaan dan kami juga telah menawarkan kepada Yang Dipertua Dewan (YDP) Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusof untuk membayar denda kerana melanggar Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

“Setiausaha Peribadi YDP Speaker Dewan Rakyat (Fatihah) telah menerima kenyataan media daripada kami.

“Sekarang ini, terpulang kepada Speaker (Ariff) untuk membuat sebarang keputusan berhubung perkara ini termasuk jika menerima bayaran denda daripada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan kenyataan media kepada pihak Speaker Dewan Rakyat, di pejabat Speaker, Bangunan Parlimen, hari ini.

Bersih 2.0 pada hari ini juga telah mengeluarkan kenyataan media berhubung kesediaan mereka mendedahkan laporan persempadanan 2017 Sabah secara atas talian dan membayar dengan RM1,000 kepada pejabat YDP Dewan Rakyat kerana melanggar embargo Parlimen.

Bersih 2.0 melahirkan rasa kecewa bahawa seruan penarikan embargo yang dibuat oleh Bersih 2.0 telah diabaikan dan ini menyebabkan orang ramai tidak sedar dengan kepentingan keputusan yang akan dibuat nanti kerana tiada media dapat melaporkan laporan berkenaan.