Persenda Islam: Pasangan Alvin Tan diperintah bela diri

Persenda Islam: Pasangan Alvin Tan diperintah bela diri

Mahkamah Sesyen memerintahkan bekas teman wanita blogger kontroversi Alvin Tan, Vivian Lee membela diri terhadap pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan dengan menerbitkan penerbitan menghasut dalam laman sosial Facebook, tiga tahun lepas.

Hakim Abdul Rashid Daud membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Vivian Lee atau Lee May Ling, 27, di akhir kes pendakwaan hari ini.

Mahkamah menetapkan 10 dan 11 Mei ini untuk Lee, yang diwakili peguam Chong Joo Tian, membela diri dengan memberi keterangan secara bersumpah terhadap pertuduhan tersebut mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Mengikut pertuduhan, Lee dan Tan didakwa menyiarkan gambar mereka menikmati hidangan dengan kapsyen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising’ (Selamat Berbuka Puasa (dengan) Bak Kut Teh, Wangi, Enak dan Menyelerakan) yang mengandungi logo halal.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu melalui laman sosial Facebook pada 9 pagi 12 Julai 2013.

TAGS