Pastinya setiap manusia yang mempunyai pasangan mahu segera menghalalkan hubungan namun ada sahaja dugaan hadir tanpa diduga.
Buat penyampai radio, Radin mendedahkan dia sepatutnya menamatkan zaman bujang pada bulan November tahun lepas.
Menurut OhBulan!, Radin terpaksa menangguhkan majlis mereka disebabkan pasangannya, Azlina mempunyai masalah kesihatan.
Tambahnya, persiapan majlis hari bahagianya juga sudah siap sekitar 90 peratus.
“Sejujurnya, benda ini (kahwin) sepatutnya pada tahun lalu iaitu 11.11 (November) tahun lalu. Segala perancangan sudah dibuat, hanya tinggal hantar jemputan saja. Cuma, kita tak dapat jalankan sebab pasangan saya itu ada slipped disc yang kronik.
“Saya bawa dia pergi berubat, pergi hospital sampai ambil masa sehingga 17 hari. Dia pun masih dalam proses pemulihan. Hari kejadian, sebulan sebelum majlis saya berbincang dengan dia.
“Saya rasa macam kena lakukan sesuatu. Kalau kena minor surgery, dia buat pembedahan kecil pun ambil masa lebih sebulan, apatah lagi kalau open surgery.
“Kalau buat open surgery, sehingga tarikh berlangsung, macam mana nak langsungkan perkahwinan. Jadi kami berdua ambil keputusan untuk tangguh. Itu yang terbaik,” katanya seperti dipetik OhBulan!.
Pada masa sama faktor kerja turut menjadi penyumbang mengapa majlis masih tidak diadakan lagi.
“Sudah tentu, perempuan akan marah dan rasa terasa hati. Bukan nak mengelak fasal itu (kahwin). Sebab bagi saya, perkahwinan ini satu perkara yang memerlukan banyak kerja dan tenaga.
“Kebetulan pula, saya pun dah bekerja di segmen 3 Pagi Era, kerja lagi bertambah.
“Walaupun hakikat 6 hingga 10 pagi selesai kerja, tapi selepas itu ada shooting, TikTok dan macam-macam lagi,” tambahnya.
Dalam pada itu, Radin mengakui masih belum ada tarikh baru kerana mahu fokus untuk bawa tunang berubat secara tradisional terlebih dahulu.
Baca juga: Walaupun kecewa cucu undur diri, pelakon veteran akui gembira doa di Tanah Suci termakbul