Persiapan saat akhir  membeli belah di Jalan Masjid India menjelang Syawal

Persiapan saat akhir membeli belah di Jalan Masjid India menjelang Syawal

Setiap kali tiba bulan Ramadan lokasi paling utama di ibu kota Kuala Lumpur adalah di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India.

Dua tempat ini adalah lokasi membeli-belah yang cukup terkenal dikalangana warga kota bahkan pelancong dari luar negara.

LENSA kali ini meninjau suasana kemeriah orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membeli belah bagi persiapan hari raya yang akan menjelang pada Jumaat, 15 Jun 2018.

Orang ramai bersesak-sesak melalui jalan sepanjang bazar.

Warga asing mengambil kesempatan menjana keuntungan dengan menjual belon.

Para pengunjung duduk berehat di tepi Jalan TAR sambil membeli belah.

Gerai-gerai menjual persiapan untuk Aidilfitri di sepanjang Jalan Masjid India.

Juadah masakan tradisional Melayu untuk berbuka.

Pelbagai jenis serunding laris dijual sempena Aidilfitri.

 

 

CATEGORIES