Malaysia Dateline

Persidangan Dun Sarawak tetap diteruskan 11 Mei

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak pada 11 Mei tetap akan berlangsung seperti yang dijadualkan walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 12 Mei ini.

Timbalan Speaker Dun Sarawak, Datuk Gerawat Gala berkata, persidangan akan berlangsung sehari sahaja pada hari tersebut.

Beliau turut menyatakan berdasarkan Perlembagaan Negeri, persidangan mesti diadakan enam bulan selepas kali terakhir pada November tahun lalu.

Menurut Gerawat, Parlimen dan negeri-negeri lain termasuk Sabah juga akan mengadakan persidangan masing-masing semasa PKP dikuatkuasakan ketika ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan agenda penempatan Dun yang akan datang kerana keputusan masih belum diputuskan.

“Persidangan Dun pada asalnya dijadualkan pada 14 April, kemudian ditangguhkan kepada 16 April, kemudian 21 April, dan akhirnya 11 Mei,” jelasnya dalam satu kenyataan di Kuching.

Dalam pada itu, notis yang dikeluarkan telah memaklumkan bahawa tidak akan ada upacara pembukaan oleh Ketua Negara pada persidangan kali ini.

Manakala, semua wakil rakyat pula dikehendaki mengenakan sut berwarna gelap bagi menghadiri persidangan berkenaan.