Persim nafi pemandu teksi seluruh negara desak PM letak jawatan

Persim nafi pemandu teksi seluruh negara desak PM letak jawatan

Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (Persim) dan Gabungan Teksi Se’Malaysia menafikan Pertubuhan Teksi di dalam Negara berkehendak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya.

Pengerusi Persim Kamarundin Hussain berkata,individu yang sepatutnya dipersalahkan dan di pertanggungjawapkan adalah Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Pencerahan Perdana Menteri di dalam majlis berdailog bersama pemandu teksi di Langkawi jelas membuktikan Menteri berkenaan tidak menghormati teguran yang berkali-kali telah dibuat oleh Perdana Menteri.

“Jadi adalah sesuatu yang tidak masuk akal jika kami mahu menuntut Tun Dr Mahathir meletakkan jawatannya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kamarundin juga Yang DiPertua Gabungan Teksi SeMalaysia termasuk di Sabah dan Sarawak itu berkata, Negara masih memerlukan khidmat Dr Mahathir untuk memulihkan Negara.

“Tetapi kami tidak memerlukan Menteri yang mengamalkan budaya Menteri dizaman BN.

“Sehubungan dengan itu sekalipun esok kami akan mengadakan satu Perhimpunan Aman di Padang Merbok Kuala Lumpur, tetapi kami tidak menuntut Perdana Menteri meletak jawatan, yang kami mahu Anthony Loke disingkirkan.

“Beliau telah gagal menyelesaikan isu teksi, beliau juga bertanggungjawap diatas apa yang kepada Perdana Menteri di Langkawi, bahkan kerana beliau juga masyarakat mengecam industri kami,” ujarnya.

Difahamkan beberapa persatuan teksi akan mengadakan demontrasi aman esok untuk mendesak Menteri Pangangkutan Anthony Loke meletakkan jawatan kerana gagal menyelesaikan isu pemandu teksi dan Grab sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan terdahulu.