Malaysia Dateline

Persoal orang Malaysia kahwin jemputan ramai-Jawapan pemuda ini memang padu!

Menjemput ramai tetamu ke majlis kahwin menjadi adat bagi rakyat Malaysia terutama orang Melayu apatah lagi sebagai satu hebahan kepada jiran tetangga atau sudara mara selain mengikat tali silaturahim serta mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.

Bagaimanpun jumlah kehadiran tetamu ke majlis kahwin ini bergantung kepada bajet yang dikeluarkan oleh keluarga pengantin. Besar bajet ramailah tetamu dan sebaliknya.

Sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia kita suka menjemput ramai tetamu dan bagi mereka inilah masa yang sangat sesuai untuk berjumpa dan bertanya khabar.

Baru-baru ini ada pengguna Twitter Abudi Alsagoff membuat perbandingan majlis perkahwinan Malaysia dengan orang mat saleh yang hanya menjemput sedikit sahaja tetamu.

“Nak tanya kawan-kawan siapa tahu kenapa ya mesti jemput ramai-ramai?” soal beliau.

Seorang pengguna facebook Azizul Azli Ahmad memberi respons berhubung pertanyaan Abudi Alsagoff itu.

Jawapan Azizul sangat padu dan ramai yang mengatakan ada benarnya juga jawapan ini.

Persoal orang Malaysia kahwin jemputan ramai?-Jawapan pemuda ini memang padu!

Ramai baru meriah katanya!

1.Dekat kendurilah bapak nak reunion geng konvoi Hadyai tahun 97-98 dulu. Geng umrah tahun 2005 dan haji 2010 dia jemput sampai khemah maktab 58 sekali. Semua dia jemput woi!

2.Kat kendurilah mak nak tunjuk pulut dakap abah beli pujuk mak dulu waktu abah kantoi dengan Rosmah Janda ada

3.Dekat kendurilah nak jumpa semua 7 keturunan keluarga yang tak pernah jumpa mesti sampai.

4.Kita ada 7 menu nasi hujan panas, coklat bertingkat, laksa, apam balik, kambing golek, acar, ais cream, gulai kambing. Sapa nak makan kalau jemput orang sikit woi!

5.DJ kahwin nak pasang lagu kahwin berulang ulang dan lama. Kalau sikit datang tak padan job nak bayar sampai RM500 sekali datang.

6.Bisnes khemah tak laku la kalau sikit. Nanti pakai payung jual cendol jer jawabnya.

7.Takut kena kata, “Anak Kau kahwin tak jemput aku ya”.

8.Tak gunalah buat loan Bank Rakyat banyak banyak kalau buat kahwin kecil kecil bang. Hutang 9 tahun, paling paling jemput biar satu daerah tahu.

9.Mekup dah 7 inci, nak buang sayang. Bagilah ramai kagum sikit bukan selalu mekup tebal tebal cantik macam Dato Vida nie.

Kawan,

Selagi tak berhutang, susahkan hidup orang buatlah macam mana pun.

Paling penting, jangan buat apa yang agama larang. Carilah keberkatan.

Bersederhana.

Baca juga: Derita kencing manis hingga saraf mata dimatikan, pelakon veteran uzur tidak mampu bergerak terpaksa didukung

Baca juga: Bagi anjing makan, tindakan lelaki ini dipuji warganet