Pertahanan, Dasar Pandang Ke Timur: Pentingnya lawatan Mohamad Sabu ke Jepun

Mohamad bergambar kenangan selepas memberikan ucaptama.

Konsep pertahanan Malaysia, sama juga dengan doktrin pertahanan Jepun, dan kebanyakan negara-negara di ASEAN serta Asia Timur, lebih bertumpu kepada “comprehensive security”, atau, pertahanan yang menyeluruh.

Apa yang penting, bukan terletak pada pertahanan yang berpaksikan pertahanan rejim sesebuah negara semata-mata, tetapi pertahanan yang berbentuk lasak dan jati diri di seluruh peringkat masyarakat.

Di Malaysia, konsep ini telah disemai sebagai “inner resilience,” di mana bukan mudah lagi bagi pihak asing atau luar untuk melancarkan process kolonisasi yang lembut atau pun keras berdasarkan peperarangan.

Biarpun dari segi “batinniyah” ataupun “rohaniyah,” berserta juga kesediaan untuk mempertahankan aset serta maruah negara, seluruh rakyatnya akan bertungkus lumus untuk memperkasakan daya tahan lasak Malaysia.

Lebih penting lagi, falsafah pertahanan ini turut disentuh, dan digunakan oleh Indonesia sejak dulu lagi. Berdasarkan konsep yang serasi dengan Indonesia ini lah, maka Putrajaya dan Jakarta, termasuk juga di seluruh rantau Asia Tenggara (atau ASEAN), telah menjadi salah satu rantau yang paling selamat dan stabil di dunia.

Di antara statistik yang paling menakjubkan ialah peratusan peperangan di antara dua negara di Asia Timur yang telah berkurangan dengan mendadak sebanyak 99 peratus sejak 1979.

Selain dari pada pesengketaan di antara Vietnam dan China di persempadanan kedua dua negara pada waktu itu, secara keseluruhannya Asia Tenggara dan Asia Timur sudah berhenti berperang di antara satu sama lain. Ini merupakan pencapaian yang amat unggul, dan harus disegani oleh seluruh dunia.

Di Nagoya, Jepun, Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu, lebih dikenali dengan nama timangannya Mat Sabu, turut menegaskan konsep “comprehensive security” dan “resilience” di persidangan pertahanan di antara Jepun dan ASEAN.

Walaupun beliau juga menyentuh tentang betapa pentingnya kuasa-kuasa besar, terutamanya dari luar, harus berkerja sama di antara satu sama lain, namun Mat Sabu mengesa semua pihak supaya jangan jadikan Laut China Selatan sebagai kancah politik yang berbau-kan persaingan geo-strategik yang terlalu sengit; sehingga terlupa pula kepentingan bersama untuk mengukuhkan ekonomi serantau di Asia Timur dan juga seluruh dunia. “Comprehensive security” termasuklah ekonomi yang sama sama membangun.

Biarpun begitu, penyampaian beliau di Nagoya juga lebih bertumpu kepada dasar pertahanan Malaysia di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad yang terbaru.

Di antara perkara-perkara yang di sentuh oleh Mat Sabu termasuk rondaan maritim bersama di antara negara negara jiran serta juga penampilan cara penyelesaian pemasalahan keganasan berbentuk “the winning of the hearts and minds”.

Yang dimaksudkan sebagai “the winning of the hearts and minds,” sebenarnya berdasarkan operasi perang saraf yang beradab dan mengikut lunas-lunas undang undang antarabangsa yang progresif. Ekonomi dan budaya semua bangsa harus diberi penghormatan yang sepatutnya.

Misalnya bukan semua anasir-anasir radikal Islam yang condong kepada penggunaan kekerasan untuk mencapai matlamat politik mereka. Cuma segelintir kecil yang masih berpaut atau berpegang kepada keberkesanan “terrorism” sedangkan penyelidikan telah menunjukkan bahawa cara ini telah ranap.

Lebih jelas lagi, kemenangan yang berasal dari “terrorism” tidak mampu bertahan lama. Misalnya “Islamic State,” atau “negara Islam” kononnya yang ingin dibina di Timur Tengah serta Nusantara telah dikalahkan oleh pelbagai pihak. Namun semua pihak masih harus berkerja sama untuk membendung fenomena ini.

Di Nagoya, Mat Sabu, kerana keterhadan masa, memang tidak boleh menerangkan semua sebab musabab kenapa tamdun Islam yang sebenar, memang bencikan keganasan yang berselang-seli dan tidak terhenti-henti.

Ini adalah kerana dialog ini cuma merupakan satu titik permulaan untuk saling berkenalan; misalnya untuk memperkukuhkan misi-misi penyelamatan yang berbentuk “humanitarian” semasa ribut taufan, gempa bumi ataupun tsunami.

Namun dengan mempertengahkan ASEAN ataupun “ASEAN Defense Ministers Plus” sebagai satu platform pembincangan sekuriti yang penting, Mat Sabu telah mengeratkan lagi perhubungan dua hala di antara Jepun dan Malaysia; serta Jepun dan ASEAN. Dari segi ini, salah satu matlamat terpenting Mat Sabu dari lawatan ini turut tercapai.

8.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 10.0