Malaysia Dateline

Pertahanan maritim Malaysia perlu penilaian semula, kata Mohamad

Malaysia sebagai sebuah sebuah negara maritim perlu penilaian semula, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ini sejajar dengan perubahan ekonomi dan politik serantau dan peningkatan ancaman keselamata di perairan negara.

Justeru katanya cabaran Malaysia sebagai negara maritim perlu dibincangkan secara mendalam.

” Keamanan dan keselamatan merupakan asas kepada pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara. Bagi mencapai situasi ini, ATM memainkan pernaan penting bagi mencegah konflik dariada tercetusnya peperangan.

“Lautan kita merupakan sumber ekonomi yang tidak boleh dinafikan kepentingan.

“Laut China Selatan dan Selat Melaka telah menjada pendapat negara RM241bilion didalam industri minyak dan gas, sebanyak RM8bilion di dalam industri perikanan dan sejumlah RM3.43juta dalam sektor pelancongan di Sabah.

“Kesemua hasil ini telah menyumbang sebanyak 23% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” ujarnya ketika berucap pada Persidangan Insititut Kajian Pertahanan dan Keselamatan Malaysia  (MIDAS) di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Mohamad lagi, lautan negara dan garisan pantai negara juga turut membangkitkan isu serantau diperingkat bilateral dan multilateral.

Justeru tegasnya kewujudan ‘future force’ (penguatkuasa masa depan) perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

“Lautan negara seluas 569,845km persegi dengan garisan pantai sepanjang 6,037 km ini turut membangkitkan isu tuntutan bertindih, pencerobohan nelayan asing dan persaingan kuasa besar yang berupaya untuk menjejaskan sumber ekonomi dan kedaulatan negara.

” Dalam usaha untuk membentuk ‘future force’ ATM perlu membuat penilaian semuula secara menyeluruh ke atas strategi pertahanannya bagi memenuhi keperluan untuk mengatasi cabaran semasa dan masa hadapan.

“Ini bagi memastikan ATM akan terus relevan dalam memainkan peranannya untuk menjaga kedaulatan dan kepentingan negara,” ujarnya.

Turut hadir Timbalannya Liew Chin Tong dan  Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin