Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pertahankan budaya kunjung-mengunjungi

Pertahankan budaya kunjung-mengunjungi

MAHDAR BUJANGJanuary 28, 2020 11:13 am




Budaya kunjung-mengunjungi rumah terbuka yang disambut oleh masyarakat majmuk dalam meraikan sesuatu perayaan di Malaysia menjadi salah satu platform terbaik untuk mengeratkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

Ketua Badan Pimpinan Parti Bersatu Negeri Sarawak, Jaziri Alkaf Suffian berkata, budaya kunjung-mengunjungi rumah terbuka harus dimanfaatkan sebaiknya kerana ia mampu mengeratkan lagi silaturrahim masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama.

“Di Sarawak, kita mempunyai lebih kurang 28 etnik atau suku kaum yang hidup penuh harmoni dengan mengamalkan perpaduan yang amat erat serta berupaya mencorakkan lagi warna warni kebudayaan sedia ada.

“Justeru, Rumah Terbuka Tahun Baru Cina seperti ini boleh dijadikan asas penting ke arah membentuk masyarakat yang lebih harmoni dengan pergaulan lebih akrab tanpa unsur perkauman serta berinteraksi dengan lebih terbuka, ” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2020 di Sri Aman semalam.

Seramai lebih kurang 300 penduduk hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Armada Bersatu Sri Aman bertempat di rumah Pui Fan Nee.

Turut hadir ialah Ketua Armada Bersatu Sarawak, Alexander Frusis dan Ketua Srikandi Bersatu Negeri Sarawak, Siti Sara Sofia.

Jaziri yang juga merupakan Ketua Bahagian Bersatu Santubong turut menggesa agar setiap masyarakat harus memainkan peranan penting mewujudkan sikap saling menghormati antara satu sama lain di samping memupuk perpaduan yang jitu bagi memastikan semua kaum dapat hidup rukun damai tanpa sebarang perbalahan.

Beliau juga mengingatkan agar semua kaum sedia ada perlu menolak sebarang anasir negatif yang boleh memporak-perandakan kestabilan dan keharmonian kaum pada masa akan datang.

“Marilah kita bersama-sama mempertahankan keharmonian yang telah lama terjalin ini dan menolak sebarang anasir negatif yang boleh menggugat kestabilan masyarakat di sini,” jelas beliau lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

Penang vs Kelantan: Which state government is more competent?

Nazri Aziz dijangkiti Covid-19 jalani kuarantin di Kelantan

Gesaan sidang Parlimen, Ahmad Maslan dibidas sekongkol dengan Anwar

Pakej bantuan ‘semangkuk cendol’ PN penuhi selera tapi tidak mengenyangkan

Kisah Bangla mati, Sahalam dan bhabi

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production