Pertahankan kebebasan universiti, kata AMANAH Perak

Pertahankan kebebasan universiti, kata AMANAH Perak

Naib Pengerusi AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam berkata, bagi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak, perjuangan menuntut dan pertahankan kebebasan universiti tidak boleh berhenti meski berlaku perubahan regim yang memerintah.

Ini adalah kerana salah satu teras kesarjanaan dalam universiti adalah percambahan dan pengembangan pelbagai idea di dalamnya secara bebas dan bertanggungjawab, kata beliau.

“AMANAH Perak mengambil sikap untuk tetap menghormati kebebasan universiti dan memberi ruang seluas-luasnya bagi warga universiti membangunkan negara melalui penyertaan lebih membumi ke dalam masyarakat.

“Ini termasuk mengkritik dasar kerajaan sedia ada,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Ujar Muhaimin, sebarang tekanan kerana perbezaan aliran fikiran politik seharusnya dielakkan dan tidak berlaku di bawah naungan kerajaan baru.

Namun tambahnya, kerajaan tidak boleh berkompromi pada sebarang elemen ‘bermuka-muka’, ‘bodek’ dan sebagainya yang berunsur rasuah sebagai tiket untuk mendapat jawatan utama dalam universiti.

“Universiti adalah tempat para sarjana mengadun intelektual dan membangun idealisme. Merit harus berdasarkan pencapaian kesarjanaan dan keupayaan mentadbir universiti,” katanya.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote