Pertama kali beli air Starbucks? Ikuti 11 langkah mudah memesannya

Oleh NASUHA RAHMAN

Starbucks, boleh dikatakan air kopi level kayangan. Kurang RM30 dalam poket tidak usaha mimpi untuk minum air kopi kayangan ini.

Malah, ada juga yang sanggup ‘menyimpan’ duit semata-mata untuk membeli air daripada francais ini.

Ramai yang mengenali jenama kopi ini dilihat menjadi salah satu minuman yang popular di Malaysia. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan minuman paling digemari dalam masyarakat terutamanya golongan muda.

Pertama kali beli air Starbucks? Ikuti 11 langkah mudah memesannya
Jangan malu-malu didepan barista, pesan sahaja berpandukan 11 langkah ini

Bagi yang sudah terbiasa memesan minuman kopi jenama ini mereka tidak janggal berada di depan barista semasa memesan, tetapi berbeza pula dengan mereka yang baru mula mengenal air kopi jenama mewah ini.

Namun tidak dinafikan, mungkin masih ada yang sebenarnya ingin mencuba air Starbucks tetapi tidak tahu bagaimana untuk membelinya. Sama ada memang tidak tahu, atau ‘segan-segan’ nak beli sebab belum cukup ‘faham’ prosedurnya.

Bukan apa, minuman yang dikeluarkan oleh syarikat ini selalunya tidak mengecewakan. Bermula dengan air jenis frappe, kisar (blended), panas (hot) dan juga (cold) sejuk, kesemuanya sangat menarik dan membangkitkan selera untuk membelinya.

Jangan risau, menerusi video perkongsian Logan XMEN, kali ini ada ‘tutorial’ mudah cara untuk memesan air di Starbucks.

Apa yang menariknya, pemuda ini siap kongsi cara dan turutan memesan pembelian dengan lebih terperinci. Semoga bermanfaat!