Pakcik ini selamba parkir kereta atas bumbung rumah, “macam mana dia angkat?”

Oleh ROSLAN ZAMAN

Tempat letak kereta biasanya kita jumpa di atas jalan biasa, atau tempat parkir bertingkat. Belum pernah dalam sejarah kita tengok parkir di atas bumbung rumah.

Namun itulah yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Bonglai Kechil di Ayer Hitam. Pemilik rumah berkenaan bertindak meletakkan sebuah Perodua Kancil dan Proton Saga bumbung rumah.

Kejadian pelik itu dimuatnaik oleh  TikTok @anaksulong33 yang mendapat pelbagai reaksi warganet.

Video yang berdurasi 22 saat itu membuatkan ramai tertanya-tanya kenapa pemiliknya meletakkan kereta tersebut di atas bumbung.

Jelas pemiliknya seperti dipetik Harian Metro, beliau parkir keretanya di atas bumbung atas alasan mahu memasang khemah untuk majlis kenduri cucu saudaranya.

“Saya tak sangka benda ini akan ditular di media sosial kerana niat saya hanya nak parking sementara dua buah kereta di atas bumbung rumah untuk memasang khemah bagi majlis kenduri semalam.

“Namun ada yang datang dari jauh termasuk dari Pulau Pinang hanya untuk mengambil gambar kereta Perodua Kancil dan Proton Saga di atas bumbung rumah saya ini,” kata pemilik rumah Awang Ali Abdullah.

Difahamkan oleh kerana tiada ruang parkir, beliau menggunakan kren bagi mengangkat kereta Perodua Kancil dan Proton Saga itu dengan bantuan anak-anak saudara yang lain.

Oleh kerana ramai teruja melihat situasi itu, Awang Ali bercadang untuk membiarkan dua kereta itu di atas bumbung rumahnya dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi untuk memberi peluang orang ramai merakam gambar.

Tambah beliau lagi, kedua-dua kereta tersebut masih boleh bergerak dengan elok walaupun sudah digunakan sejak 10 tahun lalu.

baca: Sikap Vivy Yusof di media sosial rupanya pernah dikaji, ini hasil analisis universiti tempatan