Malaysia Dateline

Pertandingan Pidato Belia: Majlis Agama Islam P. Pinang tawar hadiah wang tunai, telefon bimbit

Buat pertama kalinya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menganjurkan Pertandingan Pidato Belia Pulau Pinang yang berusia antara 15 hingga 30 tahun dengan tawaran hadiah berupa telefon bimbit  dan wang tunai kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga.

Menurut Ahli Jawatankuasanya, Asma Adnan, pertandingan julung-julung kalinya itu dibuka mulai sekarang sehinggalah tarikh tutupnya pada 10 Oktober 2021.

Syarat pidatonya pula haruslah dalam Bahasa Malaysia dengan tajuk ‘membentuk keluarga sakinah memacu ketamadunan Malaysia’.

“Selain telefon bimbit, wang tunai juga disediakan bagi tempat pertama sehingga ke tempat keempat. Manakala skrip dan isi kandungan hendaklah bersesuaian dengan tema pertandingan serta videonya haruslah berdurasi antara 5 hingga 7 minit.

” Video pidato tersebut boleh dihantar mulai sekarang sehinggalah jam 5 petang pada 10 Oktober 2021 dan boleh diemelkan ke generasipewaris. [email protected] serta akan disiarkan melalui laman Facebook Jawatankuasa Generasi Pewaris Mainpp serta akan diadili berdasarkan 60 peratus markah dari pihak juri dan 40 peratus dari tanda suka yang diterima setiap video.

“Pertandingan menarik yang menawarkan hadiah telefon bimbit ini adalah anjuran bersama  Jawatankuasa Pembangunan Hal Ehwal Generasi Pewaris MAINPP, dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan, Kesejahteraan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita MAINPP  juga,” kata beliau ketika dihubungi.

Tambahnya, bagi mereka yang berminat boleh mendaftar dengan mengklik pautan borang penyertaan https://forms.gle/b3ebJ2y2HcbDtUU9 atau menghubungi beliau melalui talian 0136287130.