Pertandingan tiga penjuru di Parlimen Permatang Pauh

Calon PH Permatang Pauh sebelum berarak ke pusat penamaan calon di IKBN, Bukit Mertajam.

Calon Parlimen Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar diumumkan akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan Afnan Hamimi Taib Azamudeen dari Pas dalam pertandingan tiga penjuru pada 9 Mei nanti

Manakala bagi kerusi Dun Permatang Pasir, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil akan ditentang oleh calon Pas, Muhammad Fauzi Yusof serta Anuar Faisal Yahaya dari BN.

Sementara itu untuk kerusi Dun Penanti pula, calon PH, Dr Norlela Ariffin akan ditentang oleh calon Pas, Fawwaz Mohd Jan serta calon BN, Suhaimi Sabudin.

Bagi kerusi Dun Seberang Jaya pula, calon PH Dr Afif Bahardin yang merupakan penyandang kerusi tersebut akan ditentang oleh calon Pas, Ahmad Rafie A. Rashid dan calon BN Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh.