Malaysia Dateline

Pertembungan 2 wanita di Sepang-Walau kawan jadi lawan tapi boleh senyum, bersalam dan bertepuk tampar

Parlimen Sepang menyaksikan pertandingan 8 penjuru namun dua calon wanita dari Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menjadi tumpuan ketika ini.

Walaupun berlainan fahaman politik kedua-dua calon ini Aiman Athirah daripada Pakatan Harapan dan Rina Harun dari PN masih boleh senyum, bertepuk tampar dan bersalaman, siap bergambar ketika bertemu.

Bukannya bermasam muka atau mengelak apabila ditegur sapa sebagaimana yang berlaku pada sesetengah calon PRU.

Mereka berdua dikatakan bertemu ketika berkempen di pasar malam di Sepang.

Pertemuan itu dikongsi Aiman Athirah di TikToknya dengan berkata “petang tadi jumpa sahabat lama mantan MP Titiwangsa, jauh dia berkempen sampai ke Sepang pula.

“Apapun dalam salam yang tegas dan kemas itu, saya tetap ingatkan undi Aiman Athirah,” tulis beliau.

Aiman Athirah sebelum ini adalah Ahli Dewan Negara beliau diamanahkan menjadi calon di Sepang bagi menggantikan Hanipa Maidin.

2 calon di Kuala Nerus lain pula…

Baru-baru ini dilaporkan berlaku pertembungan dua calon PH dan Pas di Parlimen Kuala Nerus di mana ia telah menimbulkan sedikit ketegangan.

Menurut Malaysiakini kedua-dua calon PH dan Pas bertembung ketika berkempen di Pasar Malam Serdang, Kuala Terengganu.

Di mana alon PH Shuhaimi Hasnim dan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Alias Razak yang secara tidak sengaja bersua muka bagi berkempen di tempat yang sama.

Bagaimanapun, calon PH datang kepada calon Pas untuk bertanya khabar serta mengambil gambar dengan calon Pas.

Namun, Alias dilihat agak keberatan dan segera melepaskan genggaman tangan Suhaimi yang bersalam dengannya selain dilihat menepis pelukan calon dari PH itu.

Kesal dengan tindakan itu, Suhaimi mempersoalkan mengapa Alias bertindak demikian.

Bagaimanapun, kata-kata Suhaimi itu membuatkan penyokong Pas yang turut serta dalam kempen itu berang dan membontoti Suhaimi.

Baca juga: Ini baru betul politik matang-Pakcik jentera PRU PH pungut bendera BN jatuh dalam longkang kemudian pacak semula