Pertembungan empat penjuru PRK Cameron Highlands 26 Januari ini

Pertembungan empat penjuru  PRK Cameron Highlands  26 Januari ini

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran; calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor; serta dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

(dari kiri) M. Manogaran dan Salehudin Ab Talib

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh penamaan calon tamat tepat jam 10 pagi tadi.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus PRK Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis, sebentar tadi.

Proses penamaan calon PRK Cameron Highlands berlangsung di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah, dengan tempoh masa satu jam diberikan SPR bagi semua calon mengemukakan Kertas Penamaan Calon masing-masing.

(dari kiri) Ramli Mohd Noor dan Wong Seng Yee.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan bekas penyandang, Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Hari pengundian ditetapkan 26 Januari ini.