Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pertemuan tidak bincang isu peralihan kuasa,kata Mahathir

Pertemuan tidak bincang isu peralihan kuasa,kata Mahathir

BernamaJune 25, 2019 7:05 am




Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebarang perbincangan berkenaan isu peralihan kuasa dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Isnin.

Perdana Menteri berkata sebaliknya pertemuan dengan Presiden PKR itu hanya membincangkan isu-isu biasa sahaja.

“Kita cuma cakap biasa saja. Tiada apa-apa. Tiada pasal tu (peralihan kuasa),” katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Maju Holdings, di sini, malam ini.

Dalam temu bual dengan stesen berita CNBC, perdana menteri dipetik berkata kerajaan beliau memerlukan tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia daripada 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 54 peratus.

Ketika ditanya pembaca berita CNBC, Tanvir Gill sama ada beliau akan terus memegang jawatan untuk melihat matlamat itu tercapai, Dr Mahathir berkata: “Tidak, saya tidak akan melebihi tiga tahun.”

BACA: “Itu hanya andaian” ulas Anwar mengenai kenyataan Tun M berhubung serah jawatan PM

Ditanya pemberita malam ini mengapa beliau menyatakan tempoh tiga tahun berbanding dua tahun sebelum ini, Dr Mahathir berkata: “Saya tak kata tiga tahun, saya kata saya perlukan tempoh untuk betulkan kerja.”

Dalam catatan di laman Facebook beliau, Anwar berkata pertemuan yang berlangsung di Putrajaya itu menyentuh antara lain beberapa isu termasuk usaha memacu pelaburan domestik dan asing.- BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production