Malaysia Dateline

Pertemuan Tok Pa, tiga pimpinan Pas demi masa depan politik parti

Pertemuan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed bersama tiga pimpinan Pas bukan sekadar untuk membincangkan pembangunan dan rakyat Kelantan sahaja.

Penganalisis Mohd Sayuti Omar berkata, pertemuan Mustapa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar, Datuk Nik Amar dan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man itu tentu ada maksud lain yang tersirat tetapi boleh dibaca.

“Ia tentu mengenai masa depan mereka masing-masing dalam politik, khasnya parti mereka Pas dan Bersatu.

“Mungkin dalam pertemuan ini turut dibincangkan bentuk kerjasama boleh dilakarkan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kenapa saya kata begitu, kalau untuk bincang hal pembangunan dan masalah di Kelantan, perlu ada tiga lagi menteri, Annuar Musa, Takiyuddin Hassan, dan yang itam-itam tu baru cukup korum,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap foto membabitkan pertemuan Tok Pa dan tiga pemimpin Pas itu yang dimuatnaik Faizal Daud.

“Yang dapat saya simpulkan daripada gambar tersebut, perbincangan ini, mungkin Pas dan Bersatu merangka kerjasama intim dalam pilihan raya nanti dalam kontek PN.

“Apabila tiada Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan ini bermakan Pas Kelantan tidak berapa dengan Umno?” soalnya lagi.