Malaysia Dateline

Dr. Ong Kian Ming

Pertikaian perdagangan US-China buka peluang ekosistem perniagaan tempatan

Konflik perdagangan antara US dand China menyediakan peluang yang tepat untuk mengembangkan ekosistem perniagaan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming

Beliau berkata konflik perdagangan itu mewujudkan pelencongan pelaburan ke dalam negara, yang akan membantu mengembangkan ekosistem perniagaan di Malaysia.

“Malaysia sangat sesuai. Kita berkos efektif selain memiliki bakat manusia yang sangat baik,” katanya ketika melancarkan Inovasi Perbankan Digital Kecerdasan Buatan Infopro¬† pada Khamis.

Beliau berkata dengan pelaburan yang mengalir masuk ke negara ini, syarikat tempatan juga akan dapat menjalin hubungan dengan rakan kongsi asing yang dapat meningkatkan keupayaan mereka dan mengembangkan perniagaan ke uar negara.

“Yang penting, syarikat Malaysia wajar mengembangkan sayap ke luar negara dan mengetengahkan teknologi tempatan serta perkongsian yang sudah wujud di negara ini,” katanya.

Bank maya atau digital, tidak seperti bank tradisional, tidak mempunyai kehadiran fizikal namun menyampaikan produk dan perkhidmatan sepenuhnya dalam talian atau melalui platform mudah alih.

Antara negara Asia, Hong Kong mempunyai lapan bank digital, Singapura mempunyai lima dan Malaysia dijangkakan memberi tiga lesen bank digital tahun depan.– BERNAMA