Peru iktiraf Juan Guaido sebagai Presiden sementara Venezuela

Peru iktiraf Juan Guaido sebagai Presiden sementara Venezuela

Kerajaan Peru mengiktiraf pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido sebagai presiden sementara Venezuela.

Awal Khamis, ahli politik itu mengambil alih tugas presiden selepas ribuan penunjuk perasaan berarak menentang penggal baru pemerintahan Nicolas Maduro.

Kementerian Luar Peru turut menyuarakan sokongan kepada Pengerusi Dewan Kebangsaan yang mengisi jawatan presiden sementara sebagai tindak balas terhadap regim tidak sah Maduro.

Menurut Guaido, ia adalah dalam kerangka perjuangan menentang rampasan kuasa di Venezuala.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan beliau secara rasmi mengiktiraf Guaido sebagai presiden sementara negara Bolivian berkenaan.

Negara lain turut menyuarakan sokongan terhadap Guaido seperti Argentina, Brazil, Canada, Chile, Colombia, Costa Rica, Guatemala, Honduras, Panama, dan Paraguay menerusi Kumpulan Lima.

Pada 4 Januari lalu, perkumpulan serantau itu mengumumkan ia tidak mengiktiraf kesahihan kerajaan baharu Maduro.

Pertubuhan Negara Amerika (OAS) turut mengambil pendirian sama.

Berikutan itu, Peru menghalang kemasukan Maduro dan 99 anggota rejimnya termasuk keluarga masing-masing ke negara terbabit.

Ia turut memanggil pulang Kuasa Usahanya dari Venezuela dan menganggap pentadbiran Maduro sebagai pemerintahan diktator.

— BERNAMA-NNN-ANDINA