Perubahan pusat mengundi bukan masalah  pada BN

Perubahan pusat mengundi bukan masalah pada BN

 

 

 

 

 

Perubahan Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak memberi masalah kepada Barisan Nasional (BN) kerana parti itu sudah mengenalpasti senarai bakal pengundi yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Perubahan Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak memberi masalah kepada Barisan Nasional (BN) kerana parti itu sudah mengenalpasti senarai bakal pengundi yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Maslim Sham Razman berkata, BN sudah menggerakkan jenteranya untuk mengesahkan semula mengenai 26 PDM bagi pengundi parti itu.

“Bila sebarang perubahan berlaku, kita telah menggerakkan barisan Wania untuk memaklumkan tentang perkara itu.

“Ini bukan satu halangan kepada kita kerana kita mengenali setiap orang yang akan mengundi ini. Kita sudah bekerja dan saat keluar senarai pengundi dan PDM mereka, kita akan maklumkan.

“Kita ada strategi yang akan kita gunakan iaitu templat yang sama seperti yang BN gunakan di Teluk Intan,”ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan, Dewan Orang Ramai Bukit Kerajaan, semalam lapor Peraktoday.

Ujarnya lagi, BN akan memastikan tidak ada sebarang keciciran dari segi pengundi-pengundi yang dikatakan sebagai pengundi tegar parti itu.

PRK Kuala Kangsar diadakan selepas penyandangnya, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Turut terkorban ialah Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datin Mastura Abdul Yazid dengan Dr Najihatussalehah Ahmad dari Pas dan Ahmad Termizi Ramli dari calo Pakatan Harapan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menetapkan tarikh penamaan calon pada Ahad ini dan hari pengundian pada 18 Jun.

TAGS