Malaysia Dateline

Peruntukan sama rata, MP pembangkang tuntut janji PM

Sekumpulan ahli Parlimen pembangkang menuntut peruntukan sama rata diberikan kepada semua ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang bagi membantu rakyat susulan penularan pandemik Covid-19.

Menerusi kenyataan bersama 32 ahli Parlimen itu, mereka mengingatkan saranan Perdana Menteri sebelum ini yang menggesa semua ahli politik untuk mengenepikan perbezaan masing-masing dan bersolidariti bersama rakyat.

Muhyiddin juga pernah mengatakan apabila tiba masa untuk berpolitik, maka berpolitiklah dengan penuh bertanggungjawab.

“Justeru, kami Ahli Parlimen Pembangkang menuntut janji Perdana Menteri untuk berpolitik dengan penuh bertanggungjawab dengan menyalurkan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang.

“Ketika kita sedang berperang melawan Covid-19 dalam situasi yang luar biasa, Kerajaan PN dituntut untuk mengambil tindakan yang luar biasa juga.

“Ini termasuklah dengan memberikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang sebagaimana yang diterima oleh Ahli Parlimen dari pihak kerajaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Ahli Parlimen Pembangkang menegaskan peruntukan tersebut akan dapat membantu penduduk di kawasan masing-masing yang terbeban akibat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan kesan pandemik Covid-19.

“Rakyat dan para pengundi kawasan Parlimen Pembangkang tidak sepatutnya menjadi mangsa atas keputusan dan hak demokratik mereka,” kata kenyataan itu lagi.

Senarai 32 ahli Parlimen pembangkang terbabit ialah:

1. Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang)
2. Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar)
3. Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar)
4. Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)
5. Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)
6. Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau)
7. Datuk Rozman Isli (Ahli Parlimen Labuan)
8. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai)
9. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu)
10. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)
11. Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)
12. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)
13. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
14. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Ahli Parlimen Raub)
15. Maria Chin Abdullah (Ahli Parlimen Petaling Jaya)
16. Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)
17. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)
18. Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
19. Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)
20. Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)
21. P. Prabakaran (Ahli Parlimen Batu)
22. M. Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat)
23. Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin)
24. Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh)
25. Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu)
26. Steven Choong (Ahli Parlimen Tebrau)
27. Dr Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam)
28. Chan Ming Kai (Ahli Parlimen Alor Setar)
29. Dr Azman Ismail (Ahli Parlimen Kuala Kedah)
30. Thomas Su (Ahli Parlimen Kampar)
31. Alice Lau (Ahli Parlimen Lanang)
32. Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru)