Peruntukan untuk pembangkang, royalti minyak, bukti PH mulakan politik era baharu

Peruntukan untuk pembangkang, royalti minyak, bukti PH mulakan politik era baharu

Abdullah Zawawi Ahmad

Pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang dan penyaluran terus royalti petroleum, membuktikan Pakatan Harapan (PH) benar-benar komited membina Malaysia baharu.

Tinjauan menunjukkan para pendokong PH di semua peringkat menyambut baik langkah-langkah ini yang dianggap bakal membina budaya politik baharu.

Ketua Pemuda PH Kubang Kerian Abdullah Zawawi Wahab menyanjung tinggi sikap terbuka yang ditunjukkan kerajaan.

“Seperti dinyatakan Haji Husam Musa dalam satu temubual di Astro Awani baru-baru ini, bayaran hasil petroleum harus dibayar terus kepada negeri yang layak tanpa sebarang gangguan.

“Ini menunjukkan beliau konsisten dengan perjuangannya sejak awal berkaitan dengan tuntutan royalti,” katanya.

Kami anak-anak muda katanya amat bangga dengan jiwa besar yang ditunjukkan oleh beliau.

“Ketika beliau selaku pengerusi PH Kelantan dan Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sebagai Pengerusi AMANAH Kelantan tidak dibenarkan memasuki pejabat-pejabat kerajaan dan istana di Kelantan, beliau terus membela rakyat dan mahu negeri yang selama ini di anak tirikan terus dibela,” katanya.

Tan Ah Wang

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Antara Kaum AMANAH Kelantan, Tan Ah Wang memuji langkah kerajaan memberikan peruntukan RM100,000 kepada ahli-ahli parlimen pembangkang.

“Ini tidak pernah berlaku sepanjang sejarah Malaysia.

“Bukan sahaja kerajaan BN, tetapi juga kerajaan Pas Kelantan, kerajaan Pas Terengganu dan kerajaan Pas Kedah dahulu, tidak pernah didengar mengadakan perkara seperti ini,” katanya.

Seorang lagi yang ditemui, wakil kaum India AMANAH, Kumareswaran yakin perkembangan ini akan meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

“Langkah menjunjung tinggi keadilan oleh kerajaan PH walaupun terhadap musuh akan memberi aspirasi baharu kepada seluruh rakyat.

Kumasegaran

“Selama ini cara pemerintahan negara dilaksanakan secara berpecah-pecah antara kaum-kaum kerajaan dan pembangkang, golongan kaya dan miskin dan banyak lagi.

“Semua ini kita mahu diubah supaya semua rakyat merasa mereka dilayan serupa sebagai warga negara dan bukan lagi berdasarkan kumpulan-kumpulan tertentu,” katanya.

Di peringkat negeri katanya beliau merasa bertuah kerana ada pemimpin seperti Husam yang sentiasa prihatin kepada hak-hak rakyat walaupun beliau sendiri menghadapi pelbagai tuduhan dan tekanan.

“Kami masyarakat India di Kelantan, mahu pemimpin seperti ini diletakkan di tempat yang sewajarnya jika kita ingin melihat munculnya Malaysia yang berjaya dan Kelantan yang benar-benar maju pada masa depan,” katanya.

8.5
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 7.0