Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Perusahaan madu antara yang boleh diusaha peneroka Felda

Perusahaan madu antara yang boleh diusaha peneroka Felda

BernamaJuly 3, 2019 12:54 pm




Kerajaan Negeri merancang untuk mempelbagaikan lagi bentuk perusahaan termasuk madu yang boleh dilaksanakan oleh peneroka Felda bagi membantu mereka berdepan dengan cabaran ekonomi semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, antara perusahaan yang sedang difikirkan ialah menjadikan Felda dalam daerah Kulai sebagai Hab Pengeluar Madu Kelulut.

“Sebagai projek perintis, pelaksanaannya akan dimulakan di Felda Taib Andak bagi memberi pendapatan tambahan kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Rashidah Ismail (BN-Pasir Raja) berkenaan peranan Kerajaan Negeri dalam membantu peneroka Felda pada Persidangan Dewan Negeri Johor di sini, hari ini.

Tosrin berkata, Kerajaan Negeri juga akan mula mengusahakan penanaman nanas MD 2 di kawasan seluas kira-kira 12.14 hektar di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram menerusi program Revolusi Hijau.

“Program Revolusi Hijau bertujuan untuk membangunkan tanah terbiar yang dianggarkan berkeluasan lebih 1,000 hektar di seluruh negeri, termasuk tanah milik Kerajaan Negeri dan pusat,” katanya._Bernama

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production