Perusuh bakal berdepan tindakan tegas, kata Mahathir

Perusuh bakal berdepan tindakan tegas, kata Mahathir

Perusuh yang datang ke kuil, penganut Hindu yang mencederakan anggota bomba dan membakar kereta dan merosakkan harta benda bakal berdepan tindakan tegas.

Peguam dalaman pemaju yang didakwa mengupah perusuh juga bakal menghadapi hukuman setimpal.

Perkara ini dinyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyidin Yassin di Dewan Rakyat hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa menteri kabinet.

“Jika ada pihak yang melanggar undang-undang untuk kepentingan diri mereka sahaja, maka kerajaan yang mendokong prinsip “rule of law”, juga akan bertindak berdasarkan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata tindakan perusuh cederakan anggota bomba, rosakkan harta benda tidak boleh dipandang ringan.

Kerajaan tidak berniat hukum sesiapa secara buta tuli, semua harus faham batas demokrasi, katanya.

Beliau berkata mereka yang terlibat secara langsung, tidak langsung akan berhadapan tindakan tegas undang-undang

“Keselamatan negara tanggungjawab bersama, rakyat perlu berusaha jaga ketenteraman

“Hak dan kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang boleh mengatakan apa sahaja yang bersifat provokatif terhadap sensitiviti pihak lain,” katanya.

Dr Mahathir membuat kenyataan itu susulan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, Isnin.

Tegasnya, ia bukan niat kerajaan untuk menghukum sesiapa secara buta-tuli, tetapi demokrasi mempunyai batasnya dan semua pihak harus faham akan batas-batas demokrasi ini.

“Tidak ada sesiapa yang boleh bertindak sesuka hati melanggar undang-undang dan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dan kekecohan dalam negara,” katanya.