Malaysia Dateline

Perutusan sulung Ismail Sabri petang ini

Perdana Menteri yang dilantik tanpa melalui proses pilihan raya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menyampaikan perutusan sulungnya kepada rakyat Malaysia hari ini.

Ucapan Perdana Ahli Parlimen Bera berkenaan bakal disiarkan secara langsung di televisyen melalui media rasmi pada pukul 5.30 petang.

Semalam, Ismail dengan sokongan hanya 114 Ahli Parlimen mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Kira-kira 10.55 pagi tadi, Ismail Sabri dilapor tiba di Pejabat Perdana Menteri, di bangunan Perdana Putra.

Beliau memasuki pejabat kali pertama menjawat jawatan tersebut sebagai persediaan untuk menyampaikan perutusan berkenaan.

Pentadbiran Ismail menyaksikan penguasaan 50 Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) manakala BN hanya mempunyai 42 Ahli Parlimen.

Jumlah majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan adalah 111 kerusi daripada 220 ahli Dewan Rakyat.