Malaysia Dateline

Perutusan Tahun Baru AMANAH Selangor

Tahun 2017 merupakan tahun yang sukar buat rakyat Malaysia akibat kemelesetan ekonomi, kenaikan kos sara hidup, kejatuhan nilai RM dan pelbagai kemelut dan skandal rasuah yang dahsyat yang melanda negara angkara kegagalan pentadbiran kerajaan persekutuan Umno-BN.

Namun kerajaan Pakatan Harapan Selangor tetap tampil dengan pelbagai program mesra rakyat bertujuan meringankan kesengsaraan dan keperitan hidup rakyat.

Ir Izhar Hashim

Pengerusi Parti Amanah Negeri Selangor Ir Izhar Hashim berkata, AMANAH yakin rakyat Selangor mampu bangun bersama Pakatan Harapan dalam menghadapi kemelut ini dan memperkukuhkan keazaman untuk melakukan perubahan politik ke arah Selangor dan Malaysia yang lebih baik.

“AMANAH Selangor juga menyeru seluruh rakyat supaya tegas menolak permainan politik yang berasaskan kebencian dan prasangka buruk di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama. Isu-isu politik dan kehidupan rakyat mesti ditangani secara adil dan berprinsip, bebas dari sentimen perkauman dan ekstrimisme agama.

” Amanah Selangor mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan tahun 2018 yang lebih gemilang dan cemerlang untuk semua.

“Azam tahun baru 2018 untuk kehidupan kita semua yang lebih baik.

“Azam tahun baru 2018 supaya Islam dimertabatkan sesuai dengan konsep rahmat untuk semua.

“Azam tahun baru 2018 supaya seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama hidup dalam suasana muhibah, berkasih sayang dan penuh harmonis.

“Azam tahun baru 2018 supaya rakyat menolak Umno/BN dan menyokong Pakatan Harapan demi menyelamatkan rakyat dan negara tercinta,” ujarnya yang turut mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2018.