Malaysia Dateline

Perwakilan diseru henti lihat AWAN untuk wanita sahaja

Semua perwakilan diseru untuk memilih lima calon dari Angkatan Wanita AMANAH  (AWAN)Nasiona dalam mengisi senarai 27 Ahli Jawantankuasa (AJK) pimpinan tertinggi Nasional daripada senarai 94 calon pada Konvensyen AMANAH Nasional 2019 yang bermula hari ini sehingga Ahad.

Ketua AWAN Senator Aiman Athirah Al-Jundi berkata tidak ada sebab seramai 925 perwakilan tidak boleh memilih calon wanita yang dicadangkan sayap itu bagi sesi AJK Pimpinan Nasional sesi 2019-2012.

“Kami percaya dan sangat memohon agar semua perwakilan tidak memilih hanya satu calon wanita tetapi pilih semua 5 calon yang disenaraikan,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan AWAN Nasional pada 1 Disember lalu telah memutuskan lima pimpinannya untuk bertanding pada Sabtu ini iaitu bekas Ketua AWAN Nasional, Dr Siti Mariah Mahmud; Ketua AMANAH Kawasan Rembau, Norwani Ahmat; Ketua AWAN Negeri Johor, Norhayati Bidin, Mariam Abdul Rashid serta Naib Ketua AWAN Nasional, Aida Yusof Rawa.

Ini kerana ia selari dengan perlembagaan parti yang mana diwujudkan dua lantikan bagi jawatab naib presiden selain daripada tiga yang dipilih.

Sekiranya salah seorang daripada tiga yang dipilih itu tidak ada wanita yang menang dan salah seorang yang dilantik itu perlulah seorang wanita.

“Kemungkinan besar dalam mesyuarat khas nanti ketika memilih jawatan calon bagi jawatan Presiden, Timbalan Presdien dan Naib-naib Presiden kemungkinan besar nama Dr Siti Mariah akan dicadang untuk dilantik sebagai salah seorang wanita dalam barisan Naib Presiden itu.

“Beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik. Adalah sangat rugi selepas tinggalkan jawatan Ketua AWAN kemudian beliau tidak berada di dalam jawatankuasa pengurusan, jadi dengan meletakkan Dr Siti Mariah suara wanita di situ akan lebih kuat.

“Beliau ada pengalaman yang sangat diperlukan parti dan wajar beliau berada dalam satu pasukan kepimpinan tertinggi,” ujarnya yang mahu semua perwakilan memilih calon bukan berdasarkan kesukaan tetapi perlu kepada merit dan keupayaan untuk membangunkan dan memajukan parti.

Barisan kepimpinan baru AWAN Nasional sesi 2019-2022.

Salah seorang calon AWAN  yang disenaraikan Mariam Abd Rashid yang mempunyai ijazah Sarjana Muda dalam Pembangunan Masyarakat keluaran Pekan Baru Riau ini, berkata, beliau menerima namanya dicalonkan dalam barisan 27 AJK kepimpinan nasional.

“Insyaallah sekiranya terpilih saya dan rakan-rakan akan bawa suara wanita ke peringkat lebih tinggi.

“Ini termasuk dalam apa saja (isu) dan memastikan keputusan yang adil untuk semua.

“Kami juga akan membawa hasrat wanita hasrat wanita disetiap peringkat perlu dilaksana oleh AMANAH nasional, pelantikan dalam kerajaan dan peranan wanita dalam masyarakat,” ujarnya.

Beliau yang juga Naib Pengerusi AMANAH Negeri Selangor itu, juga yakin wanita mampu memimpin kaum lelaki dalam sebuah organisasi parti.

” Saya yakin wanita mampu memimpin kaun lelaki kerana saya adalah ketua AMANAH Kawasan Subang dan Naib Pengerusi AMANAH Selangor bukannya dilantik tetapi saya dipilih oleh undi majoriti sebagai Naib Pengerusi.

“Jadi berhenti melihat sayap wanita hanya untuk wanita sebaliknya mereka boleh memimpin untuk semua.” ujarnya yang berpengalaman selama 30 thaun dalam pentas politik dan pernah dicalonkan sebagaicalon PH di Dun Sungai Panjang pada PRU14 lepas.

Hari ini akan berlansung Konvensyen AMANAH Nasional 2019 yang akan dirasmikan oleh Presiden AMANAH Mohamad Sabu di Pusat Konvensensyen Ide (IDCC) di Shah Alam pada jam 3 petang ini.