Malaysia Dateline

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kes positif COVID-19 dalam negara sebanyak 3,211 kes telah dilaporkan menjadikan jumlah kes mencecah sebanyak 151,066 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 35,253 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,206 kes.

Bagi kes penularan di dalam negara, 2,045 kes adalah warganegara Malaysia manakala 1,161 kes adalah bukan warganegara.

Namun, negeri Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 889 kes (27.7 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 658 kes (74.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 535 kes (16.7 peratus) dan Sabah sebanyak 514 kes (16.0 peratus).

Kini pesakit yang ditempatkan di ICU seramai 204 orang manakala 87 orang pesakit memerlukan
bantuan pernafasan.

Hari ini direkodkan seramai lapan orang maut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 586 kes (0.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,939 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh
sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 115,227 kes (76.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).