Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pesakit di Sabah negatif coronavirus, kata KKM

Pesakit di Sabah negatif coronavirus, kata KKM

BernamaJanuary 24, 2020 7:00 am




Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) ke atas seorang pesakit yang dirawat di wad isolasi di sebuah hospital di Sabah adalah negatif.

Keputusan terbaharu itu menjadikan keempat-empat kes disyaki dijangkiti 2019-nCoV, masing-masing dua kes di Selangor dan Sabah yang dilaporkan terdahulu, adalah negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata gejala yang dialami oleh pesakit di Sabah itu adalah disebabkan oleh jangkitan influenza A.

“Dimaklumkan bahawa keputusan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV yang dijalankan ke atas kes disyaki itu oleh pihak IMR (Institut Penyelidikan Perubatan), mengesahkan beliau negatif bagi jangkitan Novel Coronavirus.

“Gejala yang dialami oleh beliau adalah disebabkan oleh jangkitan influenza A. Beliau kini telah beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam kenyataan awal sebelum ini, Datuk Dr Noor Hisham berkata kementerian melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan empat kes disyaki dijangkiti 2019-nCoV dan ujian makmal ke atas sampel tiga daripada empat individu berkenaan didapati negatif bagi jangkitan 2019-nCoV.

Media sebelum ini melaporkan China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan susulan penularan wabak coronavirus yang telah mengakibatkan sembilan maut, manakala lebih 400 orang dijangkiti virus itu, setakat ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO juga telah menggesa negara anggotanya untuk memantapkan tahap kesiapsiagaan di negara masing-masing bagi menghadapi potensi penularan 2019-nCoV.

Sehubungan itu, KKM telah bersiap siaga dengan mengeluarkan tatacara perubatan virus itu bagi tujuan rujukan selain bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memperkukuhkan aktiviti saringan di semua pintu masuk antarabangsa.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production