Pesanan pasal tak mahu curang akhirnya makan diri, netizen berjaya korek nasihat lama abang Tesla

Oleh KIM SYAZIE

Pempengaruh media sosial yang cukup terkenal dengan konten berkaitan kereta, iaitu abang Tesla nampaknya terus menjadi sasaran serangan netizen beberapa hari ini.

Ia selepas pempengaruh itu memuat naik video yang dianggap meraih simpati selepas menduakan isterinya dan berkahwin buat kali kedua

Terbaru, netizen berjaya “menggali” semula video lama abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry yang pernah menitipkan pesanan agar kaum Adam tidak sesekali berlaku curang dan menduakan pasangan.

Dalam video itu Muhammad Khal berkata, dia mampu untuk berpoligami, tetapi memilih untuk setia pada seorang isteri dan mengelakkan diri daripada berlaku curang.

Katanya, perlakuan curang itu bakal mendatangkan kesan buat perhubungan dan perniagaan.

“Isu pasal kahwin dua tu, kalau aku nak kahwin 2,3 tu mampu sangat. Tapi, kita sebagai lelaki, kita hanya setia pada yang satu, sebab… bila kita berlaku curang, ia akan merosakkan hubungan dan bisnes,”ujarnya dalam video berkenaan.

Seperti dijangka, ramai warganet terhibur dengan ayat yang dilontarkan pempengaruh itu kerana menganggap kata-katanya memakan diri sendiri

Baca juga: Kongsi video peluk isteri pertama 3 jam sebelum kahwin lain, netizen persoal motif ‘influencer’