Pesanan PM kepada peserta himpunan Anti-ICERD

Pesanan PM kepada peserta himpunan Anti-ICERD

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan para peserta himpunan esok agar membantu pihak polis dan pihak berkuasa yang lain dalam memastikan tidak berlaku kekacauan dan kerosakan ke atas harta benda awam.

Malah katanya, pihak kerajaan menyatakan sokongan jika perhimpunan itu diadakan atas dasar kesyukuran dan berterima kasih kerana sokongan yang ditunjukkan.

Oleh itu, katanya, pihak kerajaan tidak berhasrat menghalang atau menyukarkan penganjur perhimpunan kerana ia bertentangan dengan dasar kerajaan yang mendokong prinsip-prinsip demokrasi.

“Cuma satu sahaja permintaan Kerajaan iaitu penganjur perlu membantu pihak polis dan pihak berkuasa yang lain di dalam memastikan tidak berlaku kekacauan atau kerosakan ke atas harta benda awam. Jika boleh jangan membuang sampah di merata-rata tempat dan jagalah kebersihan,” ujarnya dalam sedutan video ringkas yang dikongsi di facebooknya.