Malaysia Dateline

Tun Dr Mahathir Mohamad

Pesawat dan dua calon PH mangsa ‘sabotaj’, dakwa Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dengan pendiriannya atas dakwaan jet peribadi yang disewa ke Langkawi  “disabotaj”, walaupun penjelasan oleh Pihak Berkuasa Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat pesawat, Vista Jet, tidak ada kejadian seperti itu berlaku.

Malah pencalonan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua bagi bertanding kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  pada Sabtu lalu juga dianggap oleh Dr Mahathir sebagai ‘sabotaj’ kepada  calon Pakatan Harapan .

Begitu juga dengan calon PKR, Dr S Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa bersama pas calon yang disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon bagi bahagian pilihan raya DUN Rantau dan Parlimen Rembau.

Justeru katanya lagi kerajaan BN akan cuba sedaya upaya untuk menyekat kemaraan calon dari Pakatan Harapan pada hari penamaan calon supaya tidak dapat bertanding.

“Jelas terdapat cubaan yang sengaja dilakukan untuk menyekat calon pembangkang daripada mendominasikan, bagi memberikan peluang  Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menang tanpa bertanding.

“.Dan Tian Chua  yang  mempunyai hak untuk dicalonkan di kawasan Parlimen Batu tetapi sekali lagi dengan alasan tertentu dia gagal dicalonkan,” ujarnya dalam kenyataan diblognya hari ini..

Mengeia insifen  kebocoran taya pesawat Dr Mahathir  turut  berkata, CAAM hanya menafikan bukan menjelaskan hasil siasatan sepatutnya.

“Mereka mengakui terdapat kebocoran minyak di roda depan yang bermaksud bahawa roda depan tidak akan dapat mengarahkan pesawat.

“Ini adalah perkara yang sangat seirus kerana mungkin mengakibatkan pesawat tidak boleh diarahkan untuk turun atau mendarat.

“Tetapi mujurkan juruterabng mengenalpasti kebocoran sebelum pesawat berlepas dan memberitahu saya bahawa ia tidak dapat mengatasi keadaan itu,” ujarnya.

Dr Mahathir berkata beliau telah menaiki “seribu kali jet peribadi” dan tidak pernah ada insiden yang cukup serius untuk menjadikan jet itu terhempas.

“Inilah kali pertama saya mengalami kerosakan pada roda depan pesawat. Pada masa lain enjin mungkin tidak berfungsi dengan baik dan mereka boleh diperbaiki tepat pada masanya tetapi kerosakan roda depan pesawat itu adalah satu kerosakan yang sangat serius, “katanya.

Dr Mahathir berkata kebocoran dari cecair roda hadapan bermaksud “roda hadapan tidak boleh mengarahkan pesawat.”

“Ini adalah satu perkara yang sangat serius kerana ia boleh mengakibatkan pesawat berlepas apabila turun atau mendarat,” jelasnya.

Dr Mahathir juga menggambarkan sebagai “karut semata-mata” penjelasan oleh Vista Jet bahawa pesawat lain ditawarkan kepada beliau selepas kejadian itu.

Sebaliknya Dr Mahathir berkata beliau sendiri meminjam pesawat dari rakannya setelah beberapa rakan menolaknya kerana mendakwa mereka ditekan.

“Saya menghubungi tiga sahabat. Biasanya mereka akan meminjamkan pesawat mereka. Tetapi kali ini mereka enggan meminjamkan pesawat mereka dan salah seorang daripadanya menunjukkan dia berada di bawah tekanan untuk tidak meminjamkan pesawatnya. ”

Beliau berkata beruntung kerana mempunyai kawan yang telah menyewa sebuah pesawat ke Singapura, dan saya berjaya meyakinkannya untuk menerbangkan saya ke Langkawi.

“Jadi, menggabungkan kedua fakta itu – pesawat itu rosak dan tidak dapat terbang dan saya tidak dapat mendapatkan kawan saya untuk meminjamkan pesawat mereka – adalah logik untuk mempercayai bahawa ada percubaan yang sengaja untuk menghalang saya pergi ke Langkawi. Jika saya membazirkan lebih banyak masa, saya mungkin tidak boleh dicalonkan pada 28 Mei (Mei), “katanya.

Dr Mahathir juga mendakwa CAAM lemah dari segi kawalan keselamatan bagi memastikan mana-mana pesawati tidak disabotaj oleh pihak tertentu.

“Jadi, saya percaya, pesawat itu sengaja disabotaj untuk menghentikan saya daripada pergi ke Langkawi,” katanya.