Pesawat komersial ke Singapura berpatah balik terima panggilan bom

Pesawat komersial ke Singapura berpatah balik terima panggilan bom

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sebuah pesawat komersial menuju ke Singapura terpaksa berpatah balik selepas menerima panggilan yang mendakwa terdapat bahan letupan di dalam pesawat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pesawat yang membawa 30 penumpang dan empat kru itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang di sini, pada pukul 7.39 malam.

“Selepas beberapa minit berlepas, pihak lapangan terbang menerima panggilan daripada individu tidak dikenali.

“Individu berkenaan memberitahu yang terdapat bahan letupan di dalam pesawat itu dan menara kawalan mengarahkan pesawat berkenaan berpatah balik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata pesawat itu mendarat di lapangan terbang tersebut dan ditempatkan di kawasan khas sebelum diperiksa oleh unit bom polis.

“Pemeriksaan mendapati tiada bom ditemui seperti yang didakwa,” katanya sambil menambah polis akan mengesan individu yang membuat panggilan itu.

TAGS