Pesawat TUDM terhempas di Pekan, dua juruterbang selamat

Pesawat TUDM terhempas di Pekan, dua juruterbang selamat

Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Aermacchi MB339CM dilaporkan terhempas di Nenasi, Pekan, Pahang sejurus sebelum 1 tengah hari tadi.

Menurut kenyataan TUDM, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan itu mengalami masalah teknikal ketika menjalani penerbangan latihan pada 12.54 tengah hari.

“Kedua-dua juruterbang pesawat itu dilaporkan selamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injal,” kata kenyataan itu.

TUDM akan menubuhkan lembaga penyiasatan untuk mencari punca kemalangan

TAGS