Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

Oleh BERNAMAJanuary 18, 2020 7:07 am




Usahawan yang menyertai Program Bimbingan Perniagaan dan Peningkatan Perniagaan 2019 Institut Keusahawanan Negara Bhd (INSKEN) berjaya meningkatkan jualan mereka sebanyak 24 peratus kepada RM8.89 juta.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata program bimbingan itu berjaya, dengan lebih separuh daripada 288 peserta mencatatkan jualan lebih tinggi sebanyak 20-100 peratus pada tahun lepas.

“Program itu menghasilkan keputusan yang cemerlang berikutan 62 peratus daripada peserta Bimbingan Perniagaan INSKEN (IBC) dan 51 peratus daripada peserta Program Peningkatan Perniagaan (BEP) meningkatkan jualan mereka sebanyak 20 peratus hingga 100 peratus.

“Sebanyak 251 pekerjaan baharu juga telah diwujudkan dalam tempoh program tersebut,” katanya dalam ucapan pada majlis graduasi Program Bimbingan Perniagaan dan Peningkatan Perniagaan 2019 INSKEN.

INSKEN merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Program itu, yang diadakan untuk tahun ketiga pada 2019, terbahagi kepada dua kategori, iaitu IBC dan BEP.

Program bimbingan perniagaan itu bertujuan meningkatkan skala perniagaan peserta, selain memastikan mereka menguasai teknik untuk menguruskan perniagaan mereka dengan berkesan.

Mohd Hatta berkata sebanyak 243 usahawan menyertai program IBC, merupakan program komprehensif dari April-Disember tahun lepas, manakala 45 usahawan menyertai program BEP, diadakan dari Ogos hingga Disember tahun lepas.

Pada 2019, program IBC menumpukan kepada tujuh industri, termasuk ekopelancongan, roti, bengkel kereta, menjahit, perancangan perkahwinan, kafe dan restoran serta asrama.

Bagi program IBC, INSKEN bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan GIATMARA.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Kenyataan Hadi sahkan kerajaan hari ini tidak ada majoriti

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production