Malaysia Dateline

Pesta Gay: Fitnah menteri wilayah dan menteri agama, peguam buat laporan polis

Tuduhan terhadap Menteri Wilayah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang mengadakan pesta gay adalah sama sekali tidak benar di dalam video yang tular baru-baru ini.

Peguam yang mewakili Menteri Wilayah, Zulhazmi Yusof  (gambar tiga dari kiri) berkata, beliau membuat laporan polis di Dang Wangi atas tuduhan tersebut oleh Pengerusi Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM), Wan Asshima Kamaruddin.

Turut hadir membuat laporan polis ialah Pegawai Tugas Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Hisyam Fauzi (empat dari kiri).

“Beliau memuat naik status di laman Facebook milik GMIM namun telah dipadam namun rakaman video yang tular telah menyebabkan isu ini berpanjangan,”

“Kami telah membuat satu laporan polis di bawah seksyen 505 kanun keseksaan minta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk buat siasatan kes tersebut,”ujar  Zulhazmi dalam sidang media yang diadakan di hadapan Ibupejabat Kontinjen Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

Jelasnya, ini telah menimbulkan fitnah jenayah dan menghasut untuk membangkitkan kebencian di kalangan masyarakat supaya betindak luar batasan undang-undang dalam penganjuran pesta ini.