Pesta Pongal: ‘Ustaz Isma’ baru keluar gua, lihat kepelbagaian perayaan?

Pesta Pongal: ‘Ustaz Isma’ baru keluar gua, lihat kepelbagaian perayaan?

Satu potongan gambar daripada kemaskini sebuah akaun twitter bernama Ahmad Nawal telah tersebar. Dalam kemaskini tersebut, beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah mendengar berkenaan Pesta Pongal.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa Pesta Pongal beliau hanya baru dengar sewaktu Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan. Menariknya, Ahmad Nawal dengan tuduhan melulu dalam status tersebut menggambarkan kerajaan PH pada hari ni mengangkat syiar Non-Muslim kerana ini pertama kali beliau dengan berkenaan Pesta Pongal.

Para netizen yang cakna telah memuat naik potongan gambar status di twitter tersebut dengan pelbagai kritikan ke atas status tersebut. Tidak kurang juga sokongan oleh mereka yang baru keluar dari kepompong kepelbagaian di Malaysia seperti Ahmad Nawal.

Para netizen menyelidiki akaun twitter tersebut, didapati Ahmad Nawal merupakan seorang asatizah kelulusan Universiti Al-Azhar, dan merupakan aktivis sebuah NGO yang terkenal dengan dakyah perkauman Melayu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Persoalan yang penulis ingin lontarkan, adakah Ahmad Nawal baru pandai akses kepada media massa?. Tindakan beliau itu tidak seperti kelulusan beliau. Sewajarnya beliau membuat sedikit kajian (homework) sebelum memuatnaik status tersebut di twitter. Sedarkah beliau kerajaan sebelum ini pernah meraikan Pesta Pongal di dataran Merdeka secara besar-besaran?

Perayaan Pongal telah dirayakan sejak dari zaman sebelum PH memerintah. Malahan, Pas dan Barisan Nasional (BN) yang disokong oleh ISMA pada masa ini juga turut meraikan kepelbagaian budaya dan perayaan di negara ini. Ini bermakna, retorik yang dibawa pimpinan serta penyokong Pas dan BN menunjukkan bahawa Pas dan BN hanya bersorak dengan meludah ke muka satu sama lain konon hanya menjunjung naratif perkauman Melayu, dan melontar seolah hanya PH yang mengangkat perayaan dan budaya selain dari Melayu-Islam.

Akhirnya, dengan membawa semangat Malaysia Baharu, semua rakyat Malaysia perlulah lebih bijak serta cakna dengan kepelbagaian yang wujud di negara ini. Keluarlah dari kepompong asabiyah yang membawa natijah jahiliyah kepada rakyat di negara ini. Penipuan dan helah pimpinan BN serta Pas dengan menerapkan budaya asabiyah hanyalah strategi politik mereka yang kekontangan modal, tidak lebih dari itu. Menjunjung suara asabiyah Pas dan BN adalah suatu yang bakal membawa kemandulan pemikiran kepada rakyat di negara ini.

*Ubaidullah  Harith  Ahli Jawatankuasa, Pemuda Amanah Negeri Melaka.