Malaysia Dateline

Pesuruhjaya Pas Perlis stabil selepas rebah ketika berceramah

Pesuruhjaya Pas Perlis Mohd Shukri Ramli sedang menerima rawatan selepas pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer atau CT scan, lapor Astro AWANI.

Beliau yang rebah ke belakang rostrum sejurus berucap pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional Peringkat Negeri Perlis kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Ketika kejadian itu berlaku kira-kira 10.10 malam tadi, beberapa penceramah dan juga penonton meluru ke arah beliau bagi menghulurkan bantuan.

Setakat jam 11.30 malam ini, Unit Media Pas memaklumkan Mohd Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang dalam keadaan stabil.