Malaysia Dateline

Petaling, Hulu Langat, Klang daerah paling banyak kes Covid-19

Petaling mendahului daerah tertinggi kes baharu Covid-19 di Selangor bagi tempoh 14 hari bermula 1 Februari sehingga hari ini dengan sebanyak 7,132 kes.

Kes baharu yang dilapor hari ini juga paling tinggi berbanding sembilan daerah lain dengan 338 kes diikuti Hulu Langat (293 kes) dan Gombak 207 kes.

Keempat-empat mukim di Petaling dalam zon merah dengan tertinggi bagi tempoh dua minggu ini di mukim Damansara sebanyak 2,726 kes diikuti Petaling (2,444) dan Sungai Buloh 1,492 kes.

Daerah Hulu Langat pula berada di tangga kedua kes tertinggi jangkitan bagi gelombang ketiga pandemik yang melanda negara itu.

Sebanyak 3,026 kes Covid-19 dikesan di daerah itu dengan lima daripada tujuh mukim berada dalam zon merah dengan jumlah kes antara 95 hingga 1,003 kes sejak 14 hari lalu.

Sementara itu, daerah Klang yang mempunyai hanya dua mukim menduduki tangga ketiga kes tertinggi Covid-19 sejak 14 hari lalu dengan jumlah 2,802 kes.

Kedua-dua mukim dalam daerah di barat Selangor tersebut iaitu Kapar dan Klang dalam zon merah dengan 163 kes baharu hari ini.