Peti ais bukan satu keperluan dalam rumah tangga, Ina Naim nafi ‘didera’ arwah suami

Oleh WAN SITI AMINAH

Penyanyi, Ina Naim menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah ‘didera’ atau hidup terlalu ‘naif’ di dalam rumah tangga dibina bersama suami pertamanya, Allahyarham Suhaimi Saad.

Difahamkan, dakwaan tersebut timbul berikutan arwah Suhaimi yang merupakan penyanyi nasyid itu tidak menyediakan peti ais, mesin basuh dan juga televisyen di rumah.

Pemilik nama sebenar Nordiana Mohd Naim itu menjelaskan bahawa peti ais bukan satu keperluan dalam rumah tangga baginya memandangkan barangan basah dibeli secara harian.

Menurut wanita berusia 40 tahun itu, keperluan di dalam rumah tangga bukanlah sekadar bergantung kepada kelengkapan rumah seperti peti ais, mesin basuh atau televisyen semata-mata.

Sebaliknya, ibu kepada empat cahaya mata itu berpendapat bahawa perkara yang lebih penting dalam hubungan antara suami isteri adalah kejujuran, kasih sayang dan sikap bertolak ansur.

“Peti ais tiada itu betul, sebab saya pergi pasar setiap hari untuk membeli makanan segar. Tetapi bagi saya, peti ais bukanlah satu perkara yang terlalu penting untuk rumah tangga.

“Tetapi yang penting adalah kejujuran, kasih sayang dan sikap bertolak ansur,” katanya dalam satu rakaman video dikongsikan oleh usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri di akaun TikTok miliknya.

@papalarisofficial

Cantik kan bag zuka papa ni, betul dah banyak artis yang pakai, ada berbagai macam warna, nak beli tekan bag kuning

♬ Everyday, piano, relaxing, talking(898857) – TAKACHAN

Ina berkata sedemikian untuk menjawab soalan daripada Aliff Syukri mengenai responnya apabila dianggap ‘didera’ atau hidup terlalu ‘naif’ ketika bergelar isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad.

Untuk rekod, Ina sebelum ini berkahwin dengan arwah Suhaimi atau nama sebenarnya, Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007 namun penyanyi nasyid itu meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Selepas hampir setahun bergelar ibu tunggal, Ina kembali membuka pintu hatinya untuk bergelar isteri dengan menerima lamaran seorang jurutera berusia 41 tahun dikenali sebagai Mohd Khairul Rizal Shukor.

Mohd Khairul Rizal yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan itu merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 12 tahun dan lelaki berusia 10 tahun.

Baca juga: Suri rumah raih RM7k sebulan buat kerja hantar parcel