‘Petik cili’ bukan punca mohon cerai, Diana Danielle dedah apa sebenarnya terjadi

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon, Diana Danielle membantah dakwaan bahawa insiden petik cili menjadi punca konflik rumah tangganya bersama Farid Kamil.

Malah menurut Diana, permohonan bercerai sebaliknya telah dibuat dua hari sebelum kejadian itu berlaku.

“Siapa kata insiden petik cili sebab saya minta cerai? Saya minta cerai dua hari sebelum kejadian tersebut yang mana menjurus kepada hari petik cili.

“Dia (Farid) tahu, bukan tak tahu. Saya ada beritahu dia saya failkan penceraian. Dia kata pergilah malah suruh saya cepatkan,” katanya.

Farid sebelum ini mengulas dakwaan bahawa anak gadisnya, Aurora yang dikatakan trauma berpunca dari insiden petik cili.

Farid yang menyifatkan insiden itu adalah perkara kecil berkata, beliau telah menegur Aurora kerana memetik cili di rumah jiran.

Masuk ke rumah jiran tanpa kebenaran, Farid telah mendenda anak gadisnya dengan berdiri di tepi dinding.

Diana bagaimanapun membongkarkan bahawa pihak polis sebenarnya terpaksa dipanggil saat kejadian itu berlaku.

Bukan insiden kecil, Farid dikatakan mengamuk besar dan enggan membuka pintu rumah apabila diminta polis.

“Mereka (polis) ketuk berjam dan menunggu saya untuk ambil anak-anak melalui pintu depan.

“Tapi sebaliknya kami panjat sebab dia enggan buka pintu, kenapa?,” soal Diana menerusi satu hantaran di Instagram Story.

Pada 10 Mac lalu, Diana telah menfailkan permohonan cerai atas alasan shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Baca juga: Warna air laut di Langkawi bertukar hijau, rupanya ini sebenarnya yang berlaku