Petisyen: Hampir 120,000 mahu Maszlee ditukar

Petisyen: Hampir 120,000 mahu Maszlee ditukar

Hampir 120,000 individu mendesak agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kepada menteri yang baharu.

Perkara itu dinyatakan menerusi satu petisyen yang dilancarkan tiga minggu lalu di change.org oleh individu yang menamakan dirinya ‘Stephen Ng’.

Memetik laporan MG , Stephen berkata, perlantikan Dr Maszlee hanya menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH).

Dalam petisyen itu, jelas menyatakan bahawa populariti Dr Mahathir terjejas kerana kegagalan Maszlee mendengar rungutan rakyat mengenai beberapa dasar yang kabur.

“Selama 11 bulan yang lalu, ramai rakyat Malaysia telah mengemukakan aduan mengenai Dr Maszlee Malik atas dasar tidak masuk akal seperti kasut hitam dan stokin kaki, ideanya memperkenalkan pembayaran tanpa tunai di sekolah, menubuhkan stesen minyak di tanah universiti, dan sebagainya.

“Malah, cadangan untuk memperkenalkan sukan renang sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah membimbangkan ibu bapa. Baru-baru ini seorang pelajar sekolah meninggal dunia di Sabah semasa kelas renangnya.

“Maszlee gagal memahami bahawa sekolah tidak mempunyai cukup guru untuk mengawasi anak-anak ketika mereka berada di kolam renang,” kata petisyen itu.

Ketika laporan ini disiarkan, sudah seramai 119,117 orang telah menandatangani petisyen tersebut